Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian IX · Polis Bantuan
47. Pelantikan pegawai polis bantuan
Feedback & supportKetua Polis Negara, dengan persetujuan Menteri, boleh melantik atau menaikkan pangkat mana-mana orang untuk berkhidmat dalam Polis Bantuan sebagai pegawai kanan polis bantuan dengan pangkat kehormat Penguasa, Timbalan Penguasa,
Penolong Penguasa atau Inspektor, dan boleh menetapkan kawasan di mana pegawai itu akan berkhidmat.
Seorang Pegawai Memerintah atau mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu, dengan atau tanpa perjanjian bertulis, boleh melantik atau menaikkan pangkat mana-mana orang untuk berkhidmat dalam Polis Bantuan sebagai pegawai rendah polis bantuan dengan pangkat kehormat sub-inspektor, sarjan mejar, sarjan atau koperal atau sebagai seorang konstabel polis bantuan dan boleh menetapkan kawasan di mana pegawai itu akan berkhidmat.
Bagi maksud Bahagian ini, ungkapan “pegawai polis bantuan” ertinya mana-mana anggota Polis Bantuan.