Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian XIII · Kumpulan Wang Polis
81. Kumpulan Wang Polis
Feedback & supportMaka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang bernama
Kumpulan Wang Polis yang akan dikendalikan sebagai Akaun
Amanah dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Kumpulan Wang Polis (dalam Bahagian ini disebut sebagai
“Kumpulan Wang”) hendaklah terdiri daripada―
denda yang dikenakan ke atas pegawai polis dalam mana-mana prosiding disiplin;
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
satu perdua daripada jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan tambahan atau khas yang diberi oleh pegawai polis;
semua jumlah wang dan harta lain yang diberi kepada pegawai polis dan dilucuthakkan atas perintah mahkamah;
apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Kumpulan
Wang di bawah seksyen 22;
derma atau hadiah yang diberikan kepada Kumpulan
Wang atau kepada anggota perseorangan Pasukan masing-masing dan diterima oleh Ketua Polis Negara; dan
pendapatan yang didapati daripada pelupusan harta yang telah dibeli atau didapati daripada pelaburan daripada wang Kumpulan Wang.