Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian VI

17. Section 17

Feedback & support
(1)

Apabila seorang pegawai polis tidak lagi menjadi anggota

Pasukan dia hendaklah dengan serta-merta menyerahkan balik kepada orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negara bagi maksud itu, atau kepada pegawai polis yang mengetuai mana-mana bahagian Pasukan di tempat di mana dia akhir sekali ditempatkan, perakuan pelantikannya dan semua senjata, amunisi, perlengkapan, pakaian seragam, dan peralatan lain yang telah dibekalkan kepadanya dan yang mana adalah harta awam:

Dengan syarat bahawa Ketua Polis Negara boleh, tertakluk kepada

Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, dalam hal-hal khas membenarkan disimpan barang-barang tertentu, selain senjata dan amunisi, atas apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Perintah Tetap.

(2)

Mana-mana pegawai polis yang, setelah tidak lagi menjadi anggota Pasukan, tanpa sebab yang baik tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan, sebagai tambahan, hendaklah bertanggungan membayar nilai harta yang tidak diserah balik itu, dan nilai itu boleh ditentukan oleh mahkamah secara terus dan boleh didapatkan kembali sebagai suatu denda.

(3)

Dalam seksyen 15 dan 16 dan dalam seksyen ini ungkapan

“pegawai polis” meliputi semua orang yang dilantik atau diambil kerja untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini; dan ungkapan

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

“Pasukan” termasuk semua badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini.

Report

Bahagian VII

Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules