Seksyen 7
Mengguna khidmat Pasukan dalam masa darurat
Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam masa perang atau darurat lain, mengguna khidmat
Pasukan atau mana-mana bahagiannya untuk berkhidmat bersama dengan Angkatan Tentera
Malaysia atau mana-mana Angkatan Tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, atau, secara lain, dalam mempertahankan Malaysia:
Dengan syarat bahawa mana-mana bahagian Pasukan yang diguna khidmat sedemikian hendaklah terus berada di bawah perintah Ketua
Polis Negara atau mana-mana pegawai polis lain yang telah dilantik bagi maksud itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 344
(2)
Bagi maksud seksyen ini ungkapan “Pasukan” meliputi semua badan yang ditubuh atau didirikan bagi menjalankan tugas polis di bawah Akta ini.