Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian XI · Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

70. Pelantikan, kenaikan pangkat dan pembuangan kerja Pegawai Kadet dan Kadet

Feedback & support
(1)

Pegawai kadet bolehlah dilantik ke pangkat pegawai kanan

Kor Kadet atau pegawai rendah Kor Kadet, mengikut mana yang berkenaan selaras dengan kelayakan mereka.

(2)

Pegawai kanan Kor Kadet berpangkat Penolong Penguasa atau ke atas boleh dengan persetujuan Menteri dilantik, dinaikkan pangkat atau dibuang kerja oleh Ketua Polis Negara.

(3)

Pegawai kanan Kor Kadet berpangkat Ketua Inspektor atau ke bawah boleh dilantik, dinaikkan pangkat atau dibuang kerja oleh

Ketua Polis Negara.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

(4)

Pegawai rendah Kor Kadet dan kadet boleh dilantik, dinaikkan pangkat atau dibuang kerja oleh Pegawai Memerintah:

Dengan syarat bahawa orang yang diberi kuasa melantik mana-mana pegawai kadet atau kadet di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki pegawai kadet atau kadet itu meletakkan jawatan jika orang itu berpendapat bahawa pegawai kadet atau kadet itu tidak berupaya atas apa-apa sebab, menjalankan dengan cekap tugas yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki supaya dilaksanakan olehnya sebagai pegawai kadet atau kadet.

Report

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules