Seksyen 9
Konstabel penjaga
Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis boleh, dengan kelulusan Ketua Polis Negara, atas permohonan oleh mana-mana orang (kemudian daripada ini, di dalam seksyen ini disebut sebagai
“pemohon”) untuk seorang konstabel diambil bekerja dengan tugas
Polis 15
khas, mengambil kerja mana-mana orang yang sesuai sebagai konstabel penjaga bagi maksud tugas khas itu sahaja. Konstabel penjaga sedemikian hendaklah diambil kerja dengan perbelanjaan pemohon, yang hendaklah menyediakan tempat penginapan dan makanan untuk konstabel penjaga tersebut seperti yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis dan bolehlah dikehendaki membayar bagi apa-apa pakaian seragam yang dibekalkan kepada konstabel penjaga tersebut atau mana-mana kadar dari itu yang boleh ditentukan oleh Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis:
Dengan syarat bahawa pemohon boleh, dengan memberi satu bulan notis kepada Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis, menghendaki supaya konstabel penjaga sedemikian ditarikh balik daripada menjalankan tugas khas tersebut, dan dalam keadaan sedemikian, pemohon hendaklah tidak bertanggungan bagi apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan pengambilan konstabel penjaga tersebut selepas hari terakhir bulan berikut di mana notis tersebut telah diberikan ke dalam hasil am Persekutuan.
(2)
Apa-apa amaun yang kena dibayar daripada seorang pemohon di bawah seksyen ini boleh didapatkan oleh Pesuruhjaya atau Ketua
Pegawai Polis sebagai hutang, dan, apabila diterima, hendaklah dibayar ke dalam hasil am Persekutuan.
(3)
Seseorang konstabel penjaga hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa dan keistimewaan, dan hendaklah tertakluk kepada kuasa dan disiplin yang sama sebagai, seorang konstabel Pasukan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 344