Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIII · Kesalahan dan Penalti
68. Menampalkan tanpa kuasa atau mencacatkan rupa kemudahan rangkaian pos
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh, tanpa kuasa yang wajar, menampal apa-apa plakad, iklan, notis, senarai, dokumen, papan kenyataan atau benda lain dalam atau pada, atau mengecat, atau menyapu minyak tar atau dengan apa-apa cara lain mencacatkan rupa, mana-mana kemudahan rangkaian pos.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.