Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XIII · Kesalahan dan Penalti
70. Mengusik tanda rasmi pada barang pos
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh—
(a)
meletakkan apa-apa tanda rasmi yang salah pada barang pos;
atau
(b)
mengubah, menanggalkan atau menyebabkan hilangnya apa-apa tanda rasmi pada barang pos.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.