Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2020Read it in English

Bahagian XIII · Kesalahan dan Penalti

69. Pengelakan bayaran pos

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

menggunakan apa-apa setem pos yang telah digunakan terdahulu; atau

(b)

menampal pada mana-mana barang pos apa-apa jua yang menyarankan—

(i)

bahawa barang pos itu berhak untuk disalurkan melalui pos tanpa sebarang bayaran pos atau dengan bayaran pos pada kadar yang rendah daripada yang selainnya terpakai untuk suatu barang pos; atau

(ii)

bahawa bayaran pos atau apa-apa bahagian daripada bayaran pos itu telah dibayar atau sepatutnya dibayar atau dicaj kepada mana-mana orang lain, bagi maksud mengelak bayaran pos.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Report

Bahagian XIV

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XV

Bahagian XVI

Perkara Kepentingan Negara

Bahagian XVII

Kecualian dan Peralihan

Schedules