Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian IV · Lesen
12. Penolakan untuk memproses permohonan lesen
Feedback & supportKetua Pengarah boleh menolak untuk memproses suatu permohonan lesen, atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baharu dikemukakan untuk menggantikannya sekiranya permohonan itu tidak dibuat mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.