Skip to content
In forceUpdated to 29 Mar 2017Read it in English

Bahagian IV · Lesen

15. Lesen sementara

Feedback & support
(1)

Walau apa pun laporan pemeriksaan premis yang tidak memuaskan, Ketua Pengarah boleh memberikan suatu lesen sementara sekiranya difikirkan oleh Ketua Pengarah bahawa pemohon lesen di bawah seksyen 11 boleh menjalankan kerja-kerja pembetulan untuk mematuhi standard atau kehendak.

(2)

Lesen sementara hendaklah dalam bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Lesen sementara adalah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.

(4)

Kerja-kerja pembetulan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh lesen sementara diberikan atau apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Ketua

Pengarah.

(5)

Seseorang pemegang lesen sementara boleh pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4)

memberitahu Ketua Pengarah mengenai pematuhannya dengan standard atau kehendak.

(6)

Selepas habis tempoh dalam subseksyen (4) atau setelah diberitahu tentang pematuhan di bawah subseksyen (5), yang mana lebih awal, pemeriksaan premis hendaklah dijalankan untuk membolehkan Ketua Pengarah menimbangkan semula permohonan lesen itu.

(7)

Seksyen 13 hendaklah terpakai bagi pemeriksaan premis di bawah seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 16

Report

Bahagian V

Kewajipan Pemegang Lesen dan Orang yang Bertanggungjawab

Bahagian VI

Pembatalan

Bahagian VII

Penutupan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules