Skip to content
In forceUpdated to 29 Mar 2017Read it in English

Bahagian IV · Lesen

19. Pemindahan atau penyerahhakan lesen

Feedback & support
(1)

Pemegang lesen atau pemegang lesen sementara tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan lesen atau lesen sementara, melainkan jika kelulusan Ketua Pengarah diperoleh terlebih dahulu.

(2)

Permohonan pemindahan atau penyerahhakan suatu lesen atau lesen sementara hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Mana-mana pemegang lesen atau pemegang lesen sementara yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika pemegang lesen atau pemegang lesen sementara ialah seorang individu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan

(b)

jika pemegang lesen atau pemegang lesen sementara ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian V

Kewajipan Pemegang Lesen dan Orang yang Bertanggungjawab

Bahagian VI

Pembatalan

Bahagian VII

Penutupan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules