Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian IV · Lesen
16. Pertimbangan semula permohonan lesen
Feedback & supportKetua Pengarah boleh menimbangkan semula permohonan lesen berdasarkan laporan pemeriksaan premis dan Ketua Pengarah boleh setelah menimbangkan semula permohonan itu—
memberikan lesen;
menolak permohonan itu; atau
melanjutkan lesen sementara bagi apa-apa tempoh yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah untuk membolehkan standard atau kehendak dipatuhi.
Setelah habis tempoh lanjut lesen sementara dalam perenggan (1)(c), pemeriksaan premis hendaklah dijalankan untuk membolehkan Ketua Pengarah selanjutnya menimbangkan semula permohonan lesen itu.
Jika Ketua Pengarah berpuas hati dengan laporan pemeriksaan premis di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memberikan lesen.
Lesen hendaklah dalam bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Lesen adalah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.