Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

10. Penggantian seksyen 30

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 30 dengan seksyen yang berikut:

s 30“Perlembagaan

(1)

Perlembagaan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan.

(2)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah diuruskan dengan mengikuti perlembagaannya secara tegas.

(3)

Perlembagaan tidak boleh dipinda tanpa mendapat kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

(4)

Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.

Report