Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 26 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pendaftaran” perkataan “, dsb.”;
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“digunakan” dengan perkataan “didaftarkan”; dan
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“institusi pendidikan tinggi swasta itu” perkataan “, dan butir-butir premis yang didaftarkan bagi maksudnya dan struktur fi yang diluluskan bagi kursus pengajian atau program latihan hendaklah dijadikan tersedia dan boleh diakses oleh orang awam dengan apa jua cara”.