Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 · As enacted
3. Pindaan seksyen 12
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 12 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan
“, sama ada ia suatu syarikat yang diperbadankan di dalam negeri atau selainnya,”;
dalam perenggan 1(c), dengan memasukkan selepas perkataan “swasta” perkataan “dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika pemohon yang berjaya itu merupakan suatu syarikat berhad menurut jaminan, pemohon itu hendaklah memastikan bahawa—
dana permulaannya hendaklah merupakan suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri;
sumber dana permulaannya hendaklah dizahirkan kepada dan diluluskan oleh Menteri;
keanggotaan lembaga pengarahnya hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
dan
tujuan tunggal memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan pemohon hendaklah untuk menubuhkan dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan.”.