Skip to content

Seksyen 20

Seksyen 46 Akta ibu dipinda—

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 20 of 32
Seksyen 20

(a)

dengan menggantikan perkataan “Ketua eksekutif” dan

“ketua eksekutif” di mana-mana jua terdapat masing-masing dengan perkataan “Pihak berkuasa disiplin” dan “pihak berkuasa disiplin”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pihak berkuasa disiplin bagi institusi pendidikan tinggi swasta berkenaan dengan tiap-tiap pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu ialah ketua eksekutif.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Pihak berkuasa disiplin hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan)

15

yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah-kaedah tatatertib yang boleh dibuat oleh institusi pendidikan tinggi swasta.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Pihak berkuasa disiplin boleh mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana pekerja institusi pendidikan tinggi swasta yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pelajar, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu atau mana-mana golongan atau kategori pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu.”.

Pindaan seksyen 51