Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

82. “Penalti am

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini yang berkenaan dengannya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal seseorang yang merupakan seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

dalam hal suatu syarikat, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.

Report