Skip to content

Seksyen 23

Pindaan seksyen 61

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 23 of 32
Seksyen 23

Seksyen 61 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta menghentikan kegiatan perniagaannya menurut—

(a)

perenggan 59(a), perenggan 59(b), subperenggan 59(d)(ii)

atau perenggan 59(e), lembaga pengarah hendaklah memastikan bahawa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar bagi penerusan pembelajaran pelajar dipatuhi dalam suatu tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pendaftar; atau

(b)

perenggan 59(c) atau subperenggan 59(d)(i), lembaga pengarah hendaklah memastikan bahawa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar bagi penerusan pembelajaran pelajar dipatuhi dalam masa enam bulan sebelum penutupan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta itu.”.

Pindaan seksyen 62