Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Subseksyen 85(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (g), dengan memotong perkataan “atau”
di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (h), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(i) ialah seorang yang berupa bertindak atas apa-apa kapasiti dalam perenggan (1)(a) hingga (h), atau dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal institusi pendidikan tinggi swasta itu, atau membantu dalam pengurusan itu,”.