Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 82 dengan seksyen yang berikut:
Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini yang berkenaan dengannya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal seseorang yang merupakan seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau
dalam hal suatu syarikat, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.