Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian IV · Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

23. Pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam hendaklah diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan bagi—

(a)

pembelian rumah kediaman yang telah siap;

(b)

pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu, di atas tanah yang dimiliki oleh orang yang layak yang diluluskan dan tanah itu—

(i)

adalah bebas daripada bebanan; atau

(ii)

sedang dibiaya melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam;

(c)

pembelian rumah kediaman yang sedang dibina;

(d)

pembelian tanah bagi maksud pembinaan rumah kediaman dan, jika berkenaan, jalan masuk ke rumah kediaman itu;

(e)

penyelesaian keseluruhan atau sebahagian daripada pinjaman sedia ada daripada bank atau institusi kewangan yang diambil bagi maksud membeli tanah, dengan atau tanpa rumah kediaman di atasnya, atau membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan masuk ke rumah kediaman, sebelum pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan

(f)

pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian atau pembinaannya telah dibiaya atau diselesaikan melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “rumah kediaman” termasuklah sesuatu bangunan atau tenemen yang sepenuhnya atau sebahagian besarnya digunakan, dibina atau disesuaikan untuk kegunaan bagi kediaman manusia.

Undang-Undang Malaysia 26

(3)

Orang yang layak yang disebut dalam subseksyen (1)

ialah—

(a)

anggota perkhidmatan awam yang disebut dalam

Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;

(b)

anggota pentadbiran Persekutuan atau Negeri sebagaimana yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan

Persekutuan;

(c)

hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau

Mahkamah Tinggi;

(d)

seorang yang terus menjadi anggota Perkhidmatan Parlimen di bawah perenggan (e) Perkara 7 Akta Perlembagaan

(Pindaan) 1992 [Akta A837];

(e)

anggota mana-mana satu Dewan Parlimen;

(f)

Yang Dipertua Dewan Rakyat;

(g)

anggota Dewan Undangan Negeri;

(h)

pekerja mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan;

(i)

tertakluk kepada subseksyen (5), suami atau isteri mana-mana orang yang telah meninggal dunia yang sebelum kematiannya adalah orang yang layak di bawah perenggan (a) hingga (h), sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Lembaga; dan

(j)

seseorang atau golongan orang yang dinyatakan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta atas syor

Lembaga.

(4)

Orang yang layak yang berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

(5)

Amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan di bawah perenggan (3)(i) tidak boleh melebihi amaun yang layak bagi orang yang meninggal dunia itu sebelum kematiannya.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 27

(6)

Tertakluk kepada Fasal (7) Perkara 125 Perlembagaan

Persekutuan, mana-mana orang yang layak yang pada masa yang sama memegang dua atau lebih kedudukan atau jawatan yang diperihalkan dalam subseksyen (3) layak memohon kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam berkenaan dengan satu kedudukan atau jawatan sahaja, dan orang yang layak yang diluluskan tidaklah layak memohon kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang lain berkenaan dengan apa-apa kedudukan atau jawatan lain yang dipegangnya kemudian.

(7)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh ditafsirkan sebagai menghalang orang yang layak yang diluluskan daripada mendapat—

(a)

baki amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang layak dipohon olehnya; atau

(b)

baki atau perbezaan amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang layak dipohon olehnya akibat perubahan kedudukan atau jawatan.

Report

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan