Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian IV · Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
24. Kewajipan menyenggara rekod
Feedback & supportLembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara atau menyebabkan disimpan atau disenggara suatu rekod mengenai segala kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan.
Rekod yang disimpan dan disenggara di bawah subseksyen (1)
hendaklah termasuk yang berikut:
butir-butir tentang orang yang layak yang diluluskan seperti nombor kad pengenalan, nama dan alamatnya;
amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan, jadual pembayaran baliknya, amaun setiap bayaran balik yang dikehendaki dibuat, tarikh mula berkuat kuasa pembayaran balik dan rekod pembayaran balik;
sesalinan dokumen hakmilik keluaran bagi tanah yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan
apa-apa butir lain yang difikirkan perlu oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 28