Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian IV · Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

25. Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memungut dan mendapatkan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memungut dan mendapatkan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan.

(2)

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, pemungutan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam oleh Lembaga boleh dibuat melalui potongan gaji atau pencen dengan memberikan notis secara bertulis kepada majikan orang yang layak yang diluluskan mengenai pemotongan itu.

(3)

Hendaklah menjadi kewajipan majikan orang yang layak yang diluluskan yang diberikan notis di bawah subseksyen (2) untuk memotong apa-apa amaun wang sebagaimana yang dimaklumkan oleh Lembaga, yang merupakan amaun bayaran balik bulanan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam—

(a)

daripada gaji orang yang layak yang diluluskan; atau

(b)

sekiranya amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam masih terhutang bilamana orang yang layak yang diluluskan bersara, daripada pencen orang yang layak yang diluluskan, dan meremit amaun yang dipotong itu kepada Lembaga secara bulanan.

(4)

Wang kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak hendaklah dikira sebagai suatu hutang sivil yang terhutang oleh orang yang layak yang diluluskan kepada Lembaga dan Lembaga boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai untuk mendapatkan hutang itu.

(5)

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, wang kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar atau tertunggak boleh didapatkan melalui cara potongan

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 29

daripada gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan dan mendapat hak keutamaan daripada apa-apa potongan lain tetapi sebaik selepas potongan bagi—

(a)

apa-apa hutang yang kena dibayar dan terhutang oleh orang yang layak yang diluluskan kepada Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri;

(b)

amaun cukai yang ditaksir di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan

(c)

semua amaun yang kena dibayar berkenaan dengan caruman yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan persaraan atau kumpulan wang simpanan pekerja atau di bawah mana-mana skim persaraan atau faedah persaraan yang merupakan suatu skim yang diluluskan di bawah undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan.

(6)

Bagi maksud pemotongan gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan di bawah subseksyen (5),

Lembaga hendaklah memberikan notis secara bertulis tentang pemotongan itu kepada majikan orang yang layak yang diluluskan, dan hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk memotong apa-apa amaun wang sebagaimana yang dimaklumkan oleh Lembaga, yang merupakan amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak—

(a)

daripada gaji orang yang layak yang diluluskan; atau

(b)

sekiranya amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam masih terhutang bilamana orang yang layak yang diluluskan bersara, daripada pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan, dan meremit amaun yang dipotong itu kepada Lembaga.

(7)

Dalam keadaan potongan gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan di bawah subseksyen (3)

atau (6), mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak mencukupi, orang yang layak yang diluluskan hendaklah membayar perbezaan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak.

Undang-Undang Malaysia 30

(8)

Lembaga tidak boleh mengenakan apa-apa faedah atau caj tambahan terhadap orang yang layak yang diluluskan bagi apa-apa kelewatan yang disebabkan oleh majikan untuk membuat potongan di bawah subseksyen (3) dan (6).

Report

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan