Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 1997Read it in English

Bahagian II · Lembaga Jurutera

10a. Section 10a

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen ini dan apa-apa syarat yang Lembaga fikirkan patut dikenakan, Lembaga boleh, setelah dibayar fee yang ditetapkan, meluluskan pendaftaran sementara mana-mana jurutera asing sebagai

Jurutera Profesional.

(2)

Seseorang jurutera asing boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran sementara jika dia memuaskan hati

Lembaga bahawa—

(a)

dia mempunyai kelayakan yang perlu yang diiktiraf bagi amalan kejuruteraan sebagai

Jurutera Profesional dalam negeri di mana dia biasanya menjalankan amalan; dan

(b)

dia mempunyai kepakaran yang perlu dan kehadirannya secara fizikal adalah dikehendaki di Malaysia selama tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar atau dia adalah wakil pemastautin bagi komponen asing sesuatu usahasama.

Pendaftaran Jurutera

(3)

Lembaga boleh meluluskan suatu pendaftaran sementara bagi sesuatu tempoh tidak melebihi satu tahun kalendar dan boleh membaharui pendaftaran sementara itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

(4)

Mana-mana jurutera asing yang tak berpuas hati dengan keputusan Lembaga yang menolak permohonannya bagi pendaftaran sementara atau pembaharuannya di bawah seksyen ini boleh dalam masa dua puluh satu hari setelah diberitahu mengenai penolakan itu, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada rayuan.

(5)

Seseorang jurutera asing yang didaftarkan di bawah seksyen 10 pada atau sebelum’ mula berkuatkuasanya seksyen ini hendaklah terus didaftarkan sehingga tamat tempoh pendaftarannya.

(6)

Seseorang jurutera asing yang pendaftarannya telah tamat tempoh boleh memohon untuk pendaftaran sementara tertakluk kepada peruntukan seksyen ini.

(7)

Bagi maksud seksyen ini “jurutera asing” ertinya seseorang jurutera yang bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.

Report

Bahagian IV

Pembatalan, Pemotongan dan Kemasukan Semula

Bahagian V

Schedules