Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 1997Read it in English

Bahagian II · Lembaga Jurutera

7a. Section 7a

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan subseksyen 7(1), suatu pertubuhan perbadanan boleh menjalankan amalan sebagai jurutera perunding dan mendapatkan dalam mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat profesional atau khidmat profesional yang diberikan olehnya menurut amalannya sebagai jurutera perunding yang dijalankan menurut kuasa seksyen ini, jikaia mempunyai kelulusan bertulis

Lembaga untuk menjalankan amalan sedemikian dan telah dikeluarkan suatu permit yang sah berkenaan dengannya.

(2)

Tiap-tiap permohonan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan bagi mendapatkan kelulusan untuk menjalankan amalan sebagai jurutera perunding hendaklah dibuat kepada

Lembaga dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai fee yang ditetapkan.

(3)

Lembaga hendaklah memberi ke-lulusannya bagi sesuatu pertubuhan perbadanan menjalankan amalan sebagai jurutera perunding, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, jika—

(a)

lembaga pengarah pertubuhan perbadanan itu terdiri daripada—

(i)

keseluruhannya orang per-seorangan yang adalah Jurutera

Profesional berdaftar; atau

(ii)

sebilangan besarnya orang perseorangan yang adalah Jurutera

Profesional berdaftar dan mana-mana orang perseorangan lain yang adalah arkitek, juruukur bahan atau juruukur tanah yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran

13

14 Undang-Undang Malaysia Axta 138

profesion-profesion sedemikian, atau orang perseorangan lain yang berada dalam profesion yang ada kaitan dengan amalan ke-juruteraan dan yang telah diberi kelulusan secara bertulis oleh

Lembaga; dan

(b)

semua saham dalam pertubuhan perbadanan itu dipegang oleh sama ada orang yang disebut dalam subperenggan

(a)

(i)

atau (a) Gi), mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan syarat selalunya bahawa Jurutera Profesional berdaftar itu hendaklah mempunyai kepentingan kawalan dalam saham pertubuhan perbadanan itu.

(4)

Suatupertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh berlakunya apa-apa perubahan dalam keanggotaan lembaga pengarahnya atau pemegang sahamnya, memberikan kepada Lembaga suatu laporan benar secara bertulis dengan memberi butir-butir penuh mengenai perubahan itu.

(5)

Jika Lembaga mendapati bahawa—

(a)

(b)

pertubuhan perbadanan = yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding atau mana-mana pengarahnya atau pemegang sahamnya telah melanggar, atau tidak mematuhi atau tidak menjalankan, apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh

Lembaga apabila memberi kelulusan;

komposisi lembaga pengarah atau pemegangan saham pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding itu tidak mematuhi subseksyen (3);

Pendaftaran Jurutera

(c)

pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding itu telah melanggar mana-mana kehendak subseksyen (4); atau

(d)

mana-mana pengarah atau pemegang saham sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai jurutera perunding, sama ada pengarah atau pemegang saham itu ialah seorang

Jurutera Profesional berdaftar atau tidak, telah melakukan, atau bersalah atas, atau merupakan antara sebab, mana-mana perbuatan atau hal yang dinyatakan dalam perenggan (15)(1)(a) hingga(m),

Lembaga boleh, tertakluk kepada subseksyen

(6)

, melalui notis bertulis kepada pertubuhan perbadanan itu, menarik balik kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (3).

(6)

(a)

Lembaga tidak boleh menarik balik kelulusan yang diberi olehnya di bawah subseksyen

(3)

melainkan jika—

(i)

suatu pendengaran telah diadakan mengenai alasan pengaduan terhadap pertubuhan perbadanan itu dan mana-mana pengarahnya atau pemegang sahamnya yang telah menyebabkan, merupakan antara sebab kepada atau terbabit dengan alasan pengaduan itu yang dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripadajumlah bilangan anggota Lembaga; dan

(ii)

suatu peluang untuk didengar, melalui seorang wakil yang dilantik secara bertulis atau melalui peguam dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, atau secara sendiri atau melalui peguam dalam hal mana-mana pengarah atau pemegang saham, telah diberikan

15

16

Undang-Undang Malaysia AkTA 138

kepada pertubuhan perbadanan, pengarah atau pemegang saham tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(b)

Dalam apa-apa hal jika alasan pengaduan itu berasaskan perenggan (5)(d), Lembaga tidak boleh menarik balik kelulusannya sekiranya, pada tarikh pendengaran itu, pertubuhan perbadanan itu memuaskan hati Lembaga—

(i)

Gi)

(iii)

bahawa pengarah atau pemegang saham yang telah melakukan, atau bersalah atas, atau merupakan antara sebab, perbuatan atau hal yang menjadi alasan pengaduan itu telah terhenti daripada menjadi seorang pengarah atau pemegang saham, atau kedua-duanya, bagi pertubuhan perbadanan itu;

bahawa walaupun pengarah atau pemegang saham tersebut telah terhenti daripada menjadi pengarah atau pemegang saham, atau kedua-duanya, pertubuhan perbadanan itu boleh mematuhi semua terma, syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga menurut subseksyen (3); dan bahawa tiada pengarah atau pemegang saham lain pertubuhan perbadanan itu, selain daripada dengan sebab dia ialah pengarah atau pemegang sahamnya pada tarikh material itu, telah dengan apa-apa cara terbabit, atau bersangkut-paut dengan perbuatan atau hal yang menjadi alasan pengaduan itu.

(7)

Apabila Lembaga menarik balik kelulusannya menurut subseksyen (5), pertubuhan perbadanan itu hendaklah terhenti daripada menjalankan amalan sebagai jurutera perunding tetapi ia adalah berhak untuk mendapatkan dalam

Pendaftaran Jurutera mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat profesional atau khidmat profesional yang diberikannya menurut amalannya sebagai jurutera perunding jika nasihat atau khidmat itu telah diberikan sebelum tarikh penerimaan notis daripada Lembaga tentang penarikan balik kelulusannya.

(8)

(a)

Lembaga boleh pada bila-bila masa, apabila menerima suatu permohonan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan yang kelulusannya untuk menjalankan amalan sebagai jurutera perunding telah ditarik balik menurut subseksyen (5), memberi suatu kelulusan baru kepada pertubuhan perbadanan itu jika ia berpuas hati bahawa—

(i)

sebab yang membawa kepada penarikan balik kelulusannya itu tidak lagi wujud; dan

(ii)

pada masa permohonan tersebut, pertubuhan perbadanan itu mematuhi terma, syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga menurut subseksyen (3) pada masa kelulusan asal.

(b)

Dalam memberi kelulusan baru di bawah perenggan (a) Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan sekatan tambahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

(9)

Maka tidaklah boleh ada rayuan terhadap—

(a)

apa-apa penolakan oleh Lembaga untuk memberi kelulusan bagi sesuatu pertubuhan perbadanan-untuk menjalankan amalan sebagai jurutera perunding; atau

(b)

apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga pada masa kelulusan diberi.

17

18

Hanya

Jurutera

Profesional berdaftar boleh mengemukakan pelan, lukisan, dsb.

[Gan. Akta

(a)

(b)

Undang-Undang Malaysia Axta 138

(10)

Pendaftar hendaklah, setelah menerima fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada mana-mana pertubuhan perbadanan yang permohonannya untuk menjalankan amalan sebagai jurutera perunding telah diluluskan oleh

Lembaga suatu permit dalam bentuk yang ditetapkan.

(11)

Tiap-tiap permit hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, habis tempoh pada 31 haribulan

Disember dalam tahun ianya dikeluarkan’ dan hendaklah selepas daripada itu boleh dibaharui secara tahunan setelah fee yang ditetapkan dibayar.

(12)

Suatu pertubuhan perbadanan yang telah diluluskan oleh Lembaga untuk menjalankan amalan sebagai jurutera perunding sebelum seksyen ini mula berkuatkuasa hendaklah disifatkan telah mendapat kelulusan itu di bawah seksyen ini, dan peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai bagi pertubuhan perbadanan itu mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan itu akan terpakai baginyajika ia telah mendapat kelulusan di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian IV

Pembatalan, Pemotongan dan Kemasukan Semula

Bahagian V

Schedules