Seksyen 6
of Akta Pendaftaran Jurutera 1967
Seksyen 6
Menteri boleh melantik seorang Pendaftar Jurutera yang hendaklah berada di bawah arahan am Lembaga dan dia hendaklah menandatangani semua perakuan pendaftaran dan merekodkan dalam Daftar semua catatan mengenai pendaftaran, pembatalan dan pemasukan semula.
(2)
Pendaftar hendaklah—
(a)
dengan seberapa segera yang mudah selepas hari pertama bulan Januari tiap-tiap tahun, menyediakan dan menyiarkan dalam Warta suatu senarai mengandungi nama, kelayakan (termasuk cabang atau cabang-cabang kejuruteraan yang berkaitan dengan kelayakan itu) dan alamat semua Jurutera berdaftar-dan
(b)
dari semasa ke semasa menyiarkan dalam Warta nama, kelayakan dan alamat Jurutera yang ditambah kepada atau yang dipotong dari Daftar
(3)
Dalam apa-apa prosiding, senarai yang disiarkan di bawah subseksyen (2) adalah bukti prima facie bahawa Jurutera-jurutera yang namanya terdapat di dalam senarai itu adalah Jurutera-jurutera berdaftar; dan ketiadaan nama seseorang Jurutera dalam senarai itu adalah bukti prima facie bahawa Jurutera itu bukanlah seorang Jurutera berdaftar.
(4)
Pendaftar boleh tiap-tiap tahun menerbit dan menawar untuk jualan salinan Daftar itu.