Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 1997Read it in English

Bahagian II · Lembaga Jurutera

4. Section 4

Feedback & support
(1)

Fungsi Lembaga ialah—

(a)

menyimpan dan menyenggara Daftar;

(b)

meluluskan atau menolak permohonan pendaftaran di bawah Akta ini atau meluluskan mana-mana permohonan sedemikian tertakluk kepada apa-apa sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan;

(c)

memerintahkan pembatalan, penyingkiran atau kemasukan semula mengikut Bahagian IV;

(d)

menetapkan dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri skala fee yang akan dicajkan oleh Jurutera berdaftar bagi nasihat atau khidmat profesional yang diberikan,

Pendaftaran Jurutera

(e)

mendengar dan memutuskan pertikaian berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional Jurutera atau melantik suatu jawatankuasa atau seorang atau beberapa orang penimbangtara untuk mendengar dan memutuskan pertikaian itu;

(f)

menentukan dan mengawalselia kelakuan dan etika profesion kejuruteraan; dan

(g)

pada amnya, melakukan segala perbuatan, perkara dan benda yang perlu untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan kuasa am yang diberikan oleh subseksyen (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa——

(a)

membeli atau memajak mana-mana tanah atau bangunan yang dikehendaki bagi apa-apa maksud

Lembaga;

(b)

dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan wang melalui overdraf bank atau selainnya bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (a); dan

(c)

memajakkan, melupuskan, atau selainnya menguruskan mana-mana harta tak alih Lembaga.

BaAHAGIAN III

PENDAFTARAN JURUTERA

Report

Bahagian IV

Pembatalan, Pemotongan dan Kemasukan Semula

Bahagian V

Schedules