Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 1997Read it in English

Bahagian II · Lembaga Jurutera

8. Section 8

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain—

tiada seorang pun selain daripada seorang

Jurutera Profesional berdaftar yang bermastautin di Malaysia, berhak mengemukakan pelan, lukisan, skim, cadangan, laporan, reka bentuk atau kajian kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia; dan tiada seorang pun selain daripada seorang

Jurutera| Profesional berdaftar berhak menyifatkan dirinya sebagai Jurutera Profesional dan menggunakan singkatan “Ir.” sebelum namanya atau singkatan “Jr. P.” selepas namanya atau dengan apa-apa cara berkaitan dengan namanya.

Pendaftaran Jurutera

(2)

Hak seorang Jurutera Profesional berdaftar untuk mengemukakan pelan, lukisan, skim, cadangan, laporan, reka bentuk atau kajian kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia adalah tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Lembaga di bawah perenggan 4(1)(b), dan adalah terhad kepada hak untuk mengemukakan dokumen tersebut hanya berhubungan dengan cabang kejuruteraan yang berkenaan dengannya

Jurutera Profesional berdaftar itu adalah berkelayakan sebagaimana ditunjukkan oleh catatan yang dibuat dalam

Daftar di bawah subseksyen 5(2).

(3)

Tiada apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis boleh menghalang mana-mana

Jurutera Profesional berdaftar daripada membuat penilaian mengenai apa-apa struktur, loji, jentera dan kelengkapan, dan membuat penilaian bagi maksud melombong, yang berkaitan dengan amalan profesionalnya.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melarang—

(a)

mana-mana orang yang, pada tarikh yang ditetapkan, telah didaftarkan dengan mana-mana jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun bagi maksud mengemukakan pelan, lukisan, skim, cadangan, laporan, reka bentuk atau kajian kepada jabatan atau pihak berkuasa itu untuk terus mengemukakannya kepada jabatan atau pihak berkuasa itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh atau telah dikenakan di bawah pendaftaran tersebut;

(b)

mana-mana orang yang memegang salah satu perakuan yang disebut dalam subseksyen 7(3)

daripada terus melakukan semua perkara yang dibolehkan atau dibenarkan untuk melakukan oleh perakuan tersebut;

(c)

mana-mana orang daripada mengemukakan pelan atau lukisan jika pelan atau lukisan itu adalah berkaitan dengan kelengkapan, loji atau keluaran khusus yang direkacipta atau dijual olehnya

19

20

Jurutera berdaftar tertakluk kepada

Akta ini.

Kelayakan bagi pendaftaran.

[Pin. Akta

Undang-Undang Malaysia AKTA 138

atau oleh majikannya. Bagi maksud perenggan ini ungkapan “majikan” tidak termasuk klien; dan

(da)

mana-mana orang yang didaftarkan di bawah seksyen 10a daripada mengemukakan pelan, lukisan, skim, cadangan, laporan, reka bentuk atau kajian kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia, tertakluk kepada apa-apa

Syarat atau sekatan sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Report

Bahagian IV

Pembatalan, Pemotongan dan Kemasukan Semula

Bahagian V

Schedules