Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

13A. Pertukaran milikan interim kenderaan motor

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 13, jika seorang pemunya berdaftar menjual kenderaan motornya kepada peniaga bagi maksud untuk dijual semula, pemunya berdaftar itu boleh memohon kepada

Pengarah supaya suatu pertukaran milikan interim kenderaan motor itu dibuat daripada pemunya berdaftar kepada peniaga itu mengikut bentuk dan cara dan dengan bayaran fi sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Pengarah hendaklah, apabila menerima permohonan dan bayaran fi di bawah subseksyen (1), membuat catatan yang perlu dalam daftar yang berhubungan dengan pertukaran milikan interim itu.

(3)

Pertukaran milikan interim hendaklah berkuat kuasa bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

(4)

Sekiranya peniaga tidak dapat menjual kenderaan motor itu kepada mana-mana orang selepas tamat tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), peniaga itu hendaklah didaftarkan sebagai pemunya baharu kenderaan motor itu.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), Pengarah hendaklah membuat perubahan yang perlu dalam daftar dan perakuan pendaftaran yang berhubungan dengan kenderaan motor itu dan hendaklah

Pengangkutan Jalan 39

menyerahkan perakuan pendaftaran yang telah diubah itu kepada peniaga itu.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “peniaga” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau suatu perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956 [Akta 197] yang menjalankan urus niaga kenderaan motor terpakai.

Memperagakan nombor pendaftaran

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules