Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

16. Kehendak bagi permohonan

Feedback & support
(1)

Suatu lesen kenderaan motor hendaklah diberi, bagi suatu tempoh sebagaimana ditetapkan, apabila permohonan dibuat kepada

Pengarah mana-mana kawasan pendaftaran.

(2)

Tiap-tiap pemohon bagi lesen kenderaan motor hendaklah memberi apa-apa butir dan mengemukakan apa-apa keterangan yang ditetapkan dan khususnya bahawa sama ada—

(a)

semasa tempoh kesahan lesen yang dipohon itu akan ada berkuat kuasa apa-apa polisi insurans atau apa-apa jaminan, yang berhubungan dengan kenderaan motor yang baginya lesen itu dikehendaki, yang mematuhi kehendak Bahagian IV; atau

(b)

kenderaan motor itu adalah suatu kenderaan yang, oleh sebab subseksyen 90(5), seksyen 90 tidak terpakai baginya.

(3)

Walau apa pun peruntukan yang berlawanan dengan seksyen ini, mana-mana orang yang memuaskan hati Pengarah bahawa dia telah diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor yang tidak berada di dalam

Malaysia boleh membuat permohonan bagi pihak pemunya berdaftar tersebut untuk suatu lesen bagi kenderaan motor itu, dan dalam mana-mana hal sedemikian permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat dan ditandatangani oleh pemunya berdaftar itu.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules