Skip to content

Seksyen 20

Memperagakan lesen kenderaan motor

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 24 of 176
Seksyen 20
(1)

Tiap-tiap lesen kenderaan motor yang diberikan di bawah seksyen 16 selain lesen kenderaan motor yang diberikan berkenaan dengan sesuatu motosikal atau kenderaan orang cacat, hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan dengannya lesen itu dikeluarkan mengikut cara dan tertakluk pada apa-apa syarat yang ditetapkan.

(2)

Tiada seorang pun boleh (sama ada dengan tulisan, lukisan atau dengan apa-apa cara lain) mengubahkan, mencacatkan, merosakkan atau menambahkan apa-apa jua kepada sesuatu lesen kenderaan motor, dan juga tiada seorang pun boleh mempamerkan pada sesuatu kenderaan motor apa-apa lesen kenderaan yang telah diubahkan, dicacatkan, dirosakkan atau ditambahkan seperti tersebut di atas, atau yang angka atau butir-butir di atasnya telah menjadi sukar dibaca atau yang warnanya telah berubah kerana pudar atau selainnya dan juga tiada seorang pun boleh mempamerkan apa-apa tiruan serupa bagi sesuatu lesen itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.