Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

26. Lesen memandu

Feedback & support

In plain English

A person may drive a motor vehicle on a road only with a driving licence for that class of vehicle. A person also may not employ or allow an unlicensed person to drive. Breaking these rules is an offence with a fine of three hundred ringgit to two thousand ringgit, up to three months in prison, or both.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihalan, di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan itu, dan tiada seorang pun boleh mengambil kerja atau membenarkan seseorang lain memandu sesuatu kenderaan motor di jalan melainkan jika orang yang diambil kerja atau dibenarkan memandu itu adalah pemegang sesuatu lesen memandu sedemikian.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “pemegang sesuatu lesen memandu” termasuklah seseorang yang memiliki dan memandu suatu kenderaan motor mengikut suatu lesen yang dikeluarkan dengan sewajarnya oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang sepatutnya yang membenarkan orang itu pada masa menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota Angkatan memandu suatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan yang dinyatakan dalam lesen itu dan kenderaan itu adalah suatu kenderaan yang menjadi harta Kerajaan atau harta mana-mana

Kerajaan yang Angkatannya berada dengan sah di sisi undang-undang di Malaysia di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa mengawal selia Angkatan pelawat yang berada dengan sah di sisi undang-undang di Malaysia.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules