Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

24. Mendapat kembali fi

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa fi yang kena dibayar di bawah Bahagian ini masih belum dibayar selepas satu bulan dari tarikh fi itu patut dibayar, atau jika fi yang telah dibayar kurang daripada amaun yang sepatutnya, maka Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis menghendaki orang yang ingkar itu supaya membayar amaun yang kena dibayar itu dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu.

(2)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi kehendak notis itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan, selain denda itu, boleh memerintahkan orang itu supaya membayar amaun apa-apa fi yang kena dibayar dan yang masih belum dibayar pada masa sabitan itu, dan apa-apa amaun yang diperintahkan supaya dibayar sedemikian boleh didapatkan kembali menurut undang-undang yang berhubungan dengan mendapat kembali denda; dan apa-apa amaun yang didapatkan kembali

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

sedemikian hendaklah diremitkan oleh mahkamah kepada Pengarah berlesen yang sesuai.

(3)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang

Pengarah yang menyatakan bahawa—

(a)

pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan suatu notis yang menghendaki tertuduh membayar apa-apa amaun fi yang kena dibayar olehnya sebagaimana dinyatakan dalam perakuan itu telah dikeluarkan dengan sewajarnya menurut subseksyen (1); dan

(b)

tertuduh telah gagal mematuhi kehendak itu, hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta-fakta yang dinyatakan dalamnya.

Perakuan antarabangsa

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules