Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

19. Penyerahan balik lesen kenderaan motor

Feedback & support
(1)

Pemegang sesuatu lesen kenderaan motor boleh pada bila-bila masa menyerahkan balik lesen itu kepada Pengarah sesuatu kawasan pendaftaran dan adalah, melainkan jika diperuntukkan selainnya, berhak dibayar oleh Pengarah dengan cara rebet apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa pembayaran balik kena dibayar bagi sesuatu lesen yang dibatalkan atau digantung oleh

Pengarah di bawah seksyen 17.

Pengangkutan Jalan 45

(2)

Tiada seorang pun boleh membawa prosiding dengan tujuan mendapatkan suatu rebet di bawah seksyen ini atau pembayaran balik berkenaan dengan apa-apa bayaran lebih bagi apa-apa fi yang kena dibayar bagi sesuatu lesen kenderaan motor yang diberi di bawah seksyen 16, melainkan jika prosiding dibawa sebelum habis tempoh satu tahun dari tarikh habisnya tempoh lesen itu.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules