Skip to content

Seksyen 15

Lesen kenderaan motor

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 19 of 176
Seksyen 15
(1)

Tiada seorang pun boleh menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan digunakan sesuatu kenderaan motor yang berkenaan dengannya tiada sesuatu lesen kenderaan motor yang berkuat kuasa diberi di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa sesuatu kenderaan motor yang dibawa masuk ke dalam Malaysia secara sah di sisi undang-undang mengikut seksyen 21 atau 25 atau mengikut mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, hendaklah disifatkan sebagai suatu kenderaan motor yang berkenaan dengannya ada berkuat kuasa suatu lesen yang diberi di bawah Akta ini.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai kepada sesuatu kenderaan motor yang telah tidak digunakan:

Dengan syarat bahawa suatu pengisytiharan telah dibuat kepada

Pengarah, dalam borang ditetapkan, bahawa kenderaan itu telah tidak digunakan.

(3)

Jika sesuatu kenderaan motor yang disebut dalam subseksyen (2)

kemudiannya didapati digunakan atau disebabkan atau dibenarkan digunakan, maka kenderaan itu tidak boleh, bagi maksud seksyen ini, disifatkan sebagai telah tidak digunakan.

(4)

Seseorang yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan untuk digunakan suatu kenderaan motor setelah mengisytiharkan bahawa ia telah tidak digunakan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “telah tidak digunakan” ertinya untuk menyimpan dan untuk memberhentikan daripada digunakan di atas jalan.

Pengangkutan Jalan 41