Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian II · Pengelasan, Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor dan Pemandu

21. Lesen pelawat

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada apa-apa kaedah yang boleh dibuat oleh

Menteri di bawah seksyen 66, seseorang Pengarah boleh memberi suatu lesen pelawat berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor yang dibawa masuk ke dalam Malaysia dari suatu tempat di luar Malaysia, jika Pengarah berpuas hati bahawa kenderaan motor itu akan

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

dieksportkan dari Malaysia dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh kenderaan motor itu tiba di Malaysia.

(2)

Sesuatu lesen pelawat—

(a)

hendaklah dinyatakan sebagai habis tempohnya tidak lewat dari sembilan puluh hari dari tarikh kenderaan itu tiba di Malaysia dan tidak boleh diperbaharui;

(b)

tidak boleh diberi bagi sesuatu traktor berat, kenderaan barangan atau kenderaan perkhidmatan awam;

(c)

tidak boleh diberi melainkan Pengarah berpuas hati bahawa perhubungan dengan penggunaan kenderaan motor itu terdapat suatu perakuan, polisi insurans atau perakuan jaminan yang mematuhi kehendak Bahagian IV;

(d)

tidak boleh diberi bagi sesuatu kenderaan motor yang baginya seksyen 25 terpakai.

(3)

Sesuatu lesen pelawat yang diberi di bawah peruntukan bersamaan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Republik Singapura hendaklah, selagi lesen itu masih berkuat kuasa di negara itu, disifatkan sebagai suatu lesen pelawat yang diberi di bawah seksyen ini.

(4)

Fi bagi suatu lesen yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

(5)

Mana-mana orang yang memandu kenderaan motor masuk ke Malaysia tanpa lesen pelawat yang sah melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian III

Jalan

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules