Seksyen 10
Pemeriksaan dokumen dan nilai keterangan salinan yang diperakui oleh Pendaftar
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Tertakluk kepada subseksyen (2), dokumen yang difailkan dengan Pendaftar atau Penolong Pendaftar menurut mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa salinan bagi mana-mana perakuan, perintah, notis atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan oleh
Pendaftar atau Penolong Pendaftar menurut mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh, apabila fi yang ditetapkan dibayar—
(a)
diperiksa oleh mana-mana orang; atau
(b)
didapatkan oleh mana-mana orang daripada Pendaftar atau
Penolong Pendaftar:
Dengan syarat bahawa orang yang meminta pemeriksaan atau salinan itu menyatakan maksud yang dia berkehendakkannya dan
Pendaftar berpuas hati bahawa maksud itu ialah suatu maksud sah, dan bahawa pemeriksaan atau salinan itu tidak diminta oleh atau bagi pihak suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
(2)
Tiada seorang pun, selain seseorang yang Pendaftar berpuas hati menjadi anggota sesuatu pertubuhan, boleh memeriksa atau mendapatkan daripada Pendaftar atau Penolong Pendaftar akaun pertubuhan itu atau suatu salinan akaun itu.
Pertubuhan 25
(3)
Suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang diterima di pejabat Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang diperakui sebagai salinan atau cabutan yang benar yang ditandatangani dan dimeterai oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sebagai sama sahnya dengan dokumen asal.