Skip to content

Seksyen 6

Permohonan bagi pendaftaran

of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)

ActIn forceProvision 9 of 79
Seksyen 6
(1)

Tiap-tiap pertubuhan tempatan, selain pertubuhan tempatan yang berkenaan dengannya suatu perintah dibuat di bawah seksyen 5

sedang berkuat kuasa, hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran di bawah Akta ini.

(2)

Sehingga sesuatu pertubuhan tempatan didaftarkan di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis Pendaftar, mengatur atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti pertubuhan atau bagi pihak pertubuhan itu, kecuali hanya untuk memohon kepada atau berutus surat dengan Pendaftar.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan, jika kesalahan itu ialah kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas hari yang pertama.

Kuasa Pendaftar membuat pertanyaan, dsb., berhubung dengan mana-mana permohonan di bawah Akta ini 6A.  (1)  Pendaftar boleh, berhubung dengan mana-mana permohonan di bawah seksyen 6, subseksyen 11(1), subseksyen 12(1), seksyen 49, subseksyen 50(1), atau mana-mana peruntukan lain Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminta apa-apa maklumat lanjut, dan membuat apa-apa pertanyaan, yang difikirkannya perlu.

(2)

Jika seseorang yang membuat apa-apa permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) gagal membekalkan maklumat lanjut yang diminta itu, atau menjawab pertanyaan yang dibuat itu, hingga memuaskan hati Pendaftar, dia boleh menolak permohonan itu.