Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian I
17A. Pemakaian seksyen 17 bagi cawangan yang menyalahi undang-undang
Feedback & supportJika cawangan sesuatu pertubuhan—
telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang melalui suatu perintah Menteri di bawah seksyen 5;
diberitahu oleh Pendaftar kepada Ketua Pengarah Insolvensi sebagai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah perenggan 41(1)(c); atau
telah, selainnya, menjadi suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 41(1),
Pertubuhan 39
peruntukan seksyen 17 hendaklah terpakai bagi cawangan itu dan hartanya mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi sesuatu pertubuhan dan hartanya, dan sebutan dalam subseksyen 17(3)
dan (4) mengenai badan pengelola sesuatu pertubuhan hendaklah dalam hal yang sedemikian ditafsirkan dengan sewajarnya sebagai sebutan mengenai badan pengelola cawangan yang berkenaan, dan sebutan dalam subseksyen 17(6) mengenai cawangan sesuatu pertubuhan hendaklah dalam hal yang sedemikian ditafsirkan dengan sewajarnya sebagai sebutan mengenai cawangan yang di bawah cawangan yang berkenaan itu.