Seksyen 18B
Hal keadaan yang tidak menjadikan sesuatu pemilihan tidak sah
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Tiada pemilihan dalam mana-mana parti politik boleh menjadi tidak sah oleh sebab apa-apa kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan perlembagaan parti politik itu atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perlembagaan itu, atau mana-mana orang yang hilang kelayakan daripada menjadi anggota atau pemegang jawatan di bawah Akta ini atau perlembagaan parti politik itu telah mengambil bahagian dalam pemilihan itu, jika didapati oleh parti politik itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau oleh perlembagaannya atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perlembagaan, bahawa keputusan pemilihan itu akan tetap sama sekiranya tidak ada apa-apa kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan sedemikian, atau sekiranya orang tersebut telah tidak mengambil bahagian dalam pemilihan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Jika seseorang yang hilang kelayakan di bawah Akta ini atau perlembagaan sesuatu parti politik dipilih memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pemilihan parti politik itu, apabila kehilangan kelayakannya itu diketahui, parti politik itu hendaklah, walaupun pemilihan itu sah menurut subseksyen (1), menguatkuasakan kehilangan kelayakannya itu dan menjalankan suatu pemilihan baharu berkenaan dengan jawatan itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengikut perlembagaan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturannya.