Seksyen 16
Pertikaian
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Jika Pendaftar berpendapat bahawa sesuatu pertikaian telah berlaku di kalangan anggota atau pemegang jawatan sesuatu pertubuhan berdaftar yang akibatnya Pendaftar tidak berpuas hati mengenai identiti orang yang telah dilantik dengan sepatutnya sebagai pemegang jawatan pertubuhan itu, Pendaftar boleh menyampaikan notis kepada pertubuhan itu yang menghendaki pertubuhan itu, dalam masa satu bulan dari tarikh notis itu disampaikan, supaya mengemukakan kepadanya keterangan mengenai penyelesaian pertikaian itu dan mengenai pelantikan yang sepatutnya bagi pemegang jawatan yang sah bagi pertubuhan itu atau permulaan prosiding yang telah diambil bagi menyelesaikan pertikaian itu.
(2)
Jika mana-mana notis yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak dipatuhi hingga memuaskan hati Pendaftar dalam tempoh satu bulan atau apa-apa pelanjutan tempoh yang dibenarkan oleh Pendaftar, Pendaftar boleh mengambil langkah untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan itu di bawah seksyen 13.
Akibat perintah Menteri di bawah seksyen 5, penolakan pendaftaran pertubuhan tempatan oleh Pendaftar di bawah seksyen 7 dan pembatalan pendaftaran sesuatu pertubuhan berdaftar di bawah Akta ini