Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021) · Updated to 15 Nov 2021 · Bahagian I
18. Rayuan
Feedback & supportMana-mana pertubuhan tempatan atau pemegang jawatan atau anggota pertubuhan tempatan itu atau mana-mana orang lain yang terkilan dengan keputusan Pendaftar dalam mana-mana hal yang berikut:
pembatalan pendaftaran pertubuhan di bawah seksyen 2A;
keengganan mendaftarkan pertubuhan itu di bawah seksyen 7;
keengganan memberi pengecualian di bawah subseksyen 9A(4) kepada orang yang hilang kelayakan untuk memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar;
keengganan meluluskan penukaran nama atau tempat urusan pertubuhan itu, atau pindaan kepada kaedah-kaedahnya di bawah seksyen 11;
keengganan meluluskan penubuhan sesuatu cawangan pertubuhan di bawah seksyen 12;
42
Undang-Undang Malaysia
pembatalan pendaftaran pertubuhan di bawah seksyen 13;
perintah yang melarang bukan warganegara daripada memegang jawatan dalam suatu pertubuhan atau yang melarang gabungan, hubungan, komunikasi atau urusan lain dengan mana-mana pertubuhan di luar Malaysia dan perkara lain yang dinyatakan dalam subseksyen 13A(1);
perintah supaya meminda kaedah-kaedah atau perlembagaan di bawah subseksyen 13A(2);
keengganan meluluskan seorang juruaudit atau meluluskan seseorang juruaudit di bawah subseksyen 14(4) yang tidak diterima oleh pertubuhan;
pembuatan suatu perintah sementara bagi membubarkan pertubuhan di bawah subseksyen 14(5);
pembatalan pendaftaran suatu pertubuhan berdaftar di bawah seksyen 16 kerana gagal menyelesaikan pertikaian dalam pertubuhan; atau
keengganan memberi kebenaran di bawah seksyen 49
untuk menjadi seorang pemegang jawatan, boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Pendaftar itu, merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri; dan Menteri boleh mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Pendaftar itu, dan keputusan Menteri itu adalah muktamad.
BAHAGIAN IA
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI PARTI POLITIK
SAHAJA