Skip to content

Seksyen 15

Orang yang bertanggungjawab bagi membekalkan maklumat

of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)

ActIn forceProvision 20 of 79
Seksyen 15
(1)

Kewajipan yang dikenakan ke atas pertubuhan berdaftar oleh seksyen 14 hendaklah mengikat tiap-tiap pemegang jawatan dan tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan itu di Malaysia:

Dengan syarat sentiasanya bahawa mana-mana pemegang jawatan atau orang lain itu tidak boleh terikat sedemikian melainkan jika perintah yang diberikan oleh Pendaftar telah disampaikan kepadanya.

(1A)

Jika suatu notis, perintah, atau dokumen lain disampaikan kepada seorang yang telah terhenti menjadi pemegang jawatan sesuatu pertubuhan berdaftar, dia hendaklah dengan serta-merta menyerahkan notis, perintah atau dokumen itu kepada pemegang jawatan yang sedia ada bagi pertubuhan berdaftar itu, atau jika tidak diketahui, hendaklah mengembalikannya kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang menghantarnya; dan mana-mana orang yang gagal berbuat demikian boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.

(2)

Jika mana-mana pertubuhan berdaftar tidak mematuhi kesemua atau sebahagian daripada apa-apa perintah yang diberikan di bawah seksyen 14, setiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah disampaikan dengan perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit melainkan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati Mahkamah bahawa dia telah menjalankan usaha yang wajar dan tidak dapat mematuhi perintah itu kerana sebab yang di luar kawalannya.

(3)

Jika apa-apa maklumat yang dibekalkan kepada Pendaftar bagi mematuhi suatu perintah yang diberikan di bawah seksyen 14

adalah palsu, tidak betul atau tidak lengkap tentang mana-mana butir yang material, orang yang telah membekalkan maklumat itu

Pertubuhan 35

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit melainkan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati Mahkamah bahawa dia mempunyai sebab yang baik untuk mempercayai bahawa maklumat itu adalah benar, betul dan lengkap.