Seksyen 5
Kuasa Menteri mengisytiharkan pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Sah bagi Menteri menurut budi bicaranya yang mutlak melalui perintah mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan atau cawangan atau kelas atau perihalan mana-mana pertubuhan yang pada pendapatnya digunakan atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di Malaysia, ketenteraman awam atau kemoralan.
(2)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah berkuat kuasa untuk membatalkan dengan serta-merta pendaftaran mana-mana pertubuhan itu, jika telah didaftarkan di bawah Akta ini; dan tiada pertubuhan yang terhadapnya sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen ini boleh didaftarkan sedemikian.
(3)
Peruntukan seksyen 17 hendaklah terpakai berkenaan dengan sesuatu pertubuhan tempatan yang terjejas oleh perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 832