Seksyen 2A
Perlembagaan
of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)
Menjadi kewajipan tiap-tiap pertubuhan berdaftar dalam menjalankan aktivitinya dan dalam mengendalikan hal ehwalnya memastikan bahawa ia selaras dengan, dan berfaedah bagi pelaksanaan dan pematuhan, peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, dan jika mana-mana aktiviti atau hal ehwal mana-mana pertubuhan itu adalah dengan apa-apa cara melanggar, atau mengurangkan, atau bertentangan dengan, atau menampakkan sikap tidak mengendahkan—
(a)
sistem pemerintahan berdemokrasi yang diketuai oleh seorang raja berperlembagaan Malaysia, dan, oleh Raja berperlembagaan atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri;
(b)
kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia, dengan agama lain diamalkan dengan aman dan damai;
(c)
penggunaan bahasa kebangsaan bagi maksud rasmi;
(d)
kedudukan orang Melayu dan anak negeri di Negeri Sabah dan Sarawak;
(e)
kepentingan sah kaum-kaum lain, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Perlembagaan Negeri, Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran pertubuhan itu selepas memberi pertubuhan itu suatu peluang untuk membuat representasi kepadanya.