Skip to content

Seksyen 3

Pelantikan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan pegawai lain

of Akta Pertubuhan 1966 (Disemak - 2021)

ActIn forceProvision 4 of 79
Seksyen 3
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Pendaftar

Pertubuhan dan apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

(1A)

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar dan pegawai lain yang difikirkannya perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini.

(1B)

Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan pegawai lain yang dilantik masing-masing di bawah subseksyen (1) dan (1A)

hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pendaftar.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 832

(2)

Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan

(1A)

hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud

Kanun Keseksaan [Akta 574].

(3)

Tiada apa-apa guaman boleh dibawa terhadap mana-mana pegawai awam bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati tanpa kecuaian dan dengan tujuan menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini.