Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian · Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian · Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu pihak kepada prosiding Tribunal boleh, apabila notis diberikan kepada pihak yang lain dan kepada Tribunal, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mencabar suatu award dalam prosiding atas alasan ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award itu.
Jika terdapat ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award, Mahkamah Tinggi boleh—
mengembalikan award kepada Tribunal, secara keseluruhan atau sebahagian, bagi pertimbangan semula; atau
mengetepikan award secara keseluruhan atau sebahagian.
Bagi maksud seksyen ini, “ketidakteraturan yang serius”
ertinya suatu ketidakteraturan mengenai satu atau lebih jenis yang berikut yang mahkamah berpendapat telah menyebabkan ketidakadilan yang substansial kepada pemohon:
kegagalan Tribunal untuk mematuhi seksyen 113;
kegagalan Tribunal untuk menangani semua isu yang berkaitan yang dikemukakan kepadanya; atau
ketidaktentuan atau ketaksaan mengenai kesan award itu.