Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian · Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

124. Peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berkenaan dengan Tribunal.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan kewajipan dan kuasa anggota, Setiausaha, dan pegawai dan kakitangan Tribunal;

(b)

menetapkan had jumlah keseluruhan yang berkenaan dengannya suatu award Tribunal boleh dituntut;

(c)

menetapkan tatacara bagi Tribunal;

(d)

menetapkan borang untuk digunakan dalam prosiding di bawah Bahagian ini;

(e)

menetapkan dan mengenakan fi dan memperuntukkan cara bagi pemungutan dan pembayaran fi itu;

(f)

menetapkan kos atau bunga yang terpakai bagi prosiding dalam Tribunal; dan

(g)

menetapkan apa-apa perkara lain bagi penjalanan peruntukan

Bahagian ini yang lebih baik.

Pengurusan Strata 129

Report

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules