Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian VI · Ejen Pengurusan
87. Kebebasan ejen pengurusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang tidak boleh dilantik sebagai ejen pengurusan jika dia mempunyai kepentingan profesional atau kewangan di dalam mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi.
Undang-Undang Malaysia 108
Seseorang dianggap sebagai mempunyai kepentingan profesional atau kewangan di dalam mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi jika—
dia bertanggungjawab bagi reka bentuk atau pembinaan bangunan itu;
dia atau mana-mana penama, pegawai atau pekerjanya mempunyai apa-apa kepentingan material di dalam bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bahagian bangunan atau tanah itu;
dia ialah pekongsi atau bekerja dengan seseorang yang mempunyai apa-apa kepentingan material di dalam bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bahagian bangunan atau tanah itu; atau
dia atau keluarganya memegang apa-apa kepentingan di dalam bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak itu atau mana-mana bahagian daripada bangunan atau tanah itu sama ada secara langsung sebagai pemegang amanah atau selainnya.
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI